Blogger Widgets
Blogspot Tutorial

Monday, 6 April 2020

KENANGAN KE BERANGAN

Suka pulak aku menulis sekarang ni. Mana ada orang baca pon 😂😂

Aku suka menulis sekarang ni tapi masalahnya bila aku menulis tulisan aku jadi buruk😂😂😂

Aku nak tulis tentang kisah cinta yang haram dan aku harap jangan ada sapa2 yang mangikut nauzubillahminzalik.
Lagi2 zuriat keturunanku.

Kisahnya bermula penghujung 2009. Masa tu zaman telefon torchlight 😂. Aku kenal dengan seorang lelaki yg aku tak tahu pon asal usulnya dalam masa yang sama cuak jugakla. Entah2 indon mana ke.. Allah.. tapi setelah disahkan dia orang Malaysia yang berumur 21 tahun masa tu. Haha. Bermula dengan SMS dan call. Gelaran yang digunakan cuma 'kau' 'aku'...

Perkenalan tu berlanjutan sehingga 2011. Ye, aku anggap dia kawan lelaki pertama aku  dan aku selesa berkawan dengan dia dalam masa yg sama aku tetap menjaga batas2ku. Dan aku tak pernah jumpa dia. Minta gambar pon tak pernah dan dia pon tak pernah minta gambar aku. Tittle 'kawan' tu akhirnya buat aku terasa dengan kata-kata dia. Dan akhirnya aku buat keputusan putuskan hubungan kawan tu dengan tak contact dia langsung.

Tahun 2012. Alhamdulillah aku dapat tawaran sambung belajar.. nak akhir sem pertama. Dia contact aku semula. Pada mulanya aku tak nak layan tp sifat tak matang dan iman yg tak kuat aku layankan juga dalam masa yg sama, aku kata dalam hati mesej yg terakhir tu aku anggap itu yg terakhir. Tp masih tak boleh dielakkan. Cuti semester pertama pon bermula 1 Julai 2012. Sebelum asar... Dia pelawa aku, dari fasa kawan ke fasa seterusnya. Sebenarnya aku taknak aku lagi selesa berkawan tp kerana iman tak kuat aku terima 😑😑😑

Dalam tempoh tu. Tipula tak gaduh tp gaduh disebabkan tak angkat phone. Mesej lambat balas. Terasa hati. Yang kronik2 tak adala.. curang ke apa.. tak ada.. Dan percaya tak.. aku tak tahu lagi rupanya macam mana 😅. Masa terima tu memang penelitian aku masa mesej dan call.. aku interpretasikan diri dia bila aku call dan mesej. Aku tahu dia baik dan bertambah baik.. Dia solat dekat masjid. Dia sukakan kucing. Dia jaga mak dia. Itu yg aku suka tentang dia. Aku nampak sisi yg baik tentang dia.

2015....... 3tahun.... dalam masa yg sama aku stalker jugak dia... dia pon rupanya stalker aku.. cehh.. dan dia tahu dulu rupa aku macam mana.. Dia stalker kt FB.. aku pon apa lagi stalker jugakla. Cuma tak pasti betul ke tidak itu dia... Aduhaii... Tp aku dapat terima... Redha jela.. janji hati tu baik...

Hubungan itu berterusan sehingga la saat genting tahun 2017... Aku rasa rendah diri dengan diri aku.. Aku cuma seorang guru tadika. Aku rasa macam dia tak suka aku kerja tu.. Aku rasa down sangat.. Aku ada bagi hint aku nak kahwin tapi dia macam fikir.. selagi hidup aku tak stabil.. tak dapat lagi kerja yang bagus.. tak mungkin... yang aku jadi terasa.. Aku tahu dia ada buat simpanan RHB Easy tu. Aku igt simpanan tu untuk duit belanja kahwin sebenarnya bukan dia cakap dengan aku dia nak beli motor besar.. berkecai hati aku.. dia tak ada niat pon.. malunya aku... Aku ajak dia jumpa mak ayah aku pon tak ada respon yg positif.. dia pon kata dia tak stabil lagj.. macam mana dia nak jmpe mak ayah aku..

Bulan sepuluh 2017 kalau tak silap, aku minta berpisah dengan dia. Kalau dia masih sayangkan aku kerana Allah mesti dia akan usaha datang sini jumpa mak ayah aku sebab dia tahu rumah aku kat mana. Dia tak jawab pon keputusan aku tu. Dia diamkan diri sampailah dia hantar mesej macam biasa. Dan aku cakap lagi sekali. Aku rasa berdosa bercinta dah lama memang kteorng tak pernah jumpa tapi dari mesej dan call tu pon sebenarnya dah berdosa. Astaghfirullah.. Aku tak tahu Allah terima ke tak amalan aku yg berdosa ni..

Tapi aku tak bagitahu pon dia sebenarnya aku masih berharap dia datang bawak rombongan meminang 😂

Tahun berganti tahun. Kadang dia ada juga hantar mesej tanya khabar kemudian dia hilang sehinggalah Disember 2019 dia hantar mesej perpisahan. Dia nak berpindah. Dia minta maaf. Dan aku kira dia nak lupakan semua dan move on. Dan aku pon kena move on.

Dia cakap dia nak pindah. Mungkin dia taknak aku cari dia atau pulangkan balek barang2 yang pernah dia bagi dulu..

16 April ni hari lahir dia.. Aku doakan dia dapat jodoh yg terbaik untuk dunia dan akhirat dia dan menjadi anak soleh untuk maknya... Aamiin

Akhir kata

Kalaulah semut tahu rasa cinta itu, mesti semut malu sebab manisnya tak seberapa~~~

No comments:

Post a Comment