Blogger Widgets
Blogspot Tutorial

Monday, 6 April 2020

KERJA KE BERHENTI

Setiap hari aku berdoa bila aku bangun, aku tak lagi kerja kat situ 😣😣

15 April ni genap 6 bulan aku kerja kat situ. First kaki aku jejak anak tangga office masa interviu jelas terpampang lagi2 bila aku datang kerja. Harapan aku menggunung dan mengharap tempat ni perubahan untuk aku dan harapan untuk diri aku.

Tapi indahnya sementara. Manisnya cuma 2 minggu sahaja. Selepas dari tu semuanya bertukar dalam sekelip mata. Allah.. sehingga aku tak tahu siapa yang perlu aku percaya. Aku jadi marah dengan diri aku, dengan semua orang yang tak bersalah pon aku jadi marah. Malam aku tak lena. Hidup aku penuh dengan tanggapan yang buruk.
Tapi aku still datang kerja setiap hari. Sebab aku fikir kalau aku cuti atau mc masalah tu tak akan selesai. Dan apa yang mampu aku buat... aku hadap je walaupun pahit untuk ditelan.😔😔

Aku senaraikan apa yang aku tak suka. salah satunya Aku tak ok dengan rakan sekerja situ. Depan ok tapi belakang aku. Tapi bila aku cte kat sapa2 dorang akan kata 'semua tempat sama'.

Kerja aku... aku terbeban dengan kerja aku, bila aku cakap dengan bos. Bos macam anggap kerja aku senang dan remeh. Dan dia fikit kerja aku lambat dan tidak agresif.. yang tidak agresif tu aku boleh terima. 😅

Kemuncaknya bila PKP ni lagila. Dengan sistem giliran. Kerja aku semakin bertambah dan bertambah. Semakin stress.. Allah... dan minggu lepas hari selasa ( 31 March 2020) Bos marah aku gaiss.. marah aku... Aku terkejut.. apa salah akuuuuuu...

Aku teringat kata-kata seseorang 'Bos aku ni kalau untung sikit, dia mulalah kerek'. Dan... Hah, aku dapat tangkap kenapa dia marah aku.. Dia marah aku lambat buka bil yang harganya RM 450,000.00 tu. Hek eleh.. Rilekla.. memang aku nak buka bil tu pon... 😑😑😑

Dan ye, aku 'kerani invois' kerja sebenar aku....
1. Buka Bil
2. Filing Invois
3. Buat Credit Note
4. Upload Invoice
5. Monitor PO yang perlu hantar setiap hari
6. Buka akaun customer baru
7. Isu memo (tukar barang)

Tapi.... bila kau kerja sini.... semua kau kena buat.. yang bukan kerja kau pon kau kena buat....
1. Buat PO
2. Buta Stock Transfer
3. Buat Good Receive Note
4. Buat Internal PR
5. Buat Code baru

Dan aku rasa department tu kena 3orang yang handle dengan maintain job scoope masing2. Ni 2 orang je handle dengan 4 salesman dan 3 driver.. tak ke Huru hara..

Nak layan phone office lagi.. wassap masuk bertubi-tubi.. boleh gila weyh.. gila...

Balek kerja aku akan cakap dengan diri aku "AKU NAK BERHENTIIIIIIII"
"AKU TAK SUKA KAT SINIIII"

Tapi apa yang boleh aku buat, ekonomi tak menentu sekarang. Tak mungkin ada peluang pekerjaan dengan gaji yang berpatutan..

Ya Allah, tolonglah aku... tolonglah...

Mak aku kata, nak berhenti boleh tapi mesti dapat kerja lain dulu... 😢😢😢😢

Akhir kata..

Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah~~

No comments:

Post a Comment